Jangan berkira dengan Ibu kita..

Suatu hari si anak menghulur secebis nota buat si ibunya. Kandungan notanya berbunyi begini:
1. Upah tolong IBU cuci pinggan RM5.00
2. Upah tolong IBU sapu rumah RM4.00
3. Upah tolong IBU jemur kain RM6.00
4. Upah tolong IBU lipat kain RM4.00
5. Upah tolong IBU buat sambal RM1.00

Siibu membaca nota yang diberi boleh anaknya itu tadi.
Lantas IBU menulis notanya sendiri di kertas yang sama.

1. Upah IBU mengandungkan kamu 9 hari 9 bulan PERCUMA
2. Upah IBU menangis kesakitan kerana melahirkan mu PERCUMA
3. Upah IBU menjaga kamu bila kamu demam PERCUMA
4. Upah IBU menangis kerana risau akan kesihatamu PERCUMA
5. Upah IBU mendidikmu Dan menyekolahkan kamu untuk jadi anak yang baik dan berjaya PERCUMA..
Kasih yang IBU berikan untuk anak IBU tiada ternilai anakku, bahkan IBU tak minta apa2 balasan untuk itu semua, tapi jangan lupa, IBU sentiasa sayangkan anak kamu anakku..

Setelah selesai membaca nota si IBU, si anak lantas menangis Dan memeluk ibunya erat2x..
"IBU tak perlu bayar upah yang saya minta ini, semuanya Sudah dibayar,," makin erat anak beranak itu berpelukan.

Oleh itu, ingatlah wahai anak2, jgnlah kita terlalu berkira dengan ibu kita mahupun mengecewakan mereka..kerna kasih mereka terhadap kita tidak ternilai Dan tidak mampu dibayar dengan Wang ringgit..

Sungguh aku menangis di kala menerima mesej ini Dari kawanku..

Comments

Popular Posts