Wanita di dalam Haid

Ada ramai suami yang tidak memahami apabila isteri mereka mengalami menstruasi - Haid.
Suami harus tahu, isteri yang datang bulan tergolong dalam beberapa jenis.
Ada yang macam biasa saja, ada yang sakit macam parah-senggugut, ada yang kuat makan dan ada yang mudah marah tak tentu pasal.

Oleh itu, suami harus faham keadaan isteri.
Bila mempunyai isteri yang marah tak tentu pasal ketika permulaan hari haid mereka, itu bermakna ia berpunca dari sakit senggugut yang mereka alami serta pertukaran hormon dan tidak tahan menanggung sakitnya.

Lebih-lebih lagi jika yang senggugut teruk itu, isteri harus dibiarkan berehat dengan cukup.
Suami pulak jangan nak cemburu tak tentu pasal bila tengok isteri tidur lena di saat haid.
Kasihanilah isteri anda bila mereka tengah datang haid.
Masa sihat dia menjalankan tanggungjawab sebagai suri Encik Suami..
Jadi bila isteri datang haid, biarkanlah isteri berehat di saat dia tengah menahan nyilu dan pedih di bahagian ari-ari mereka.

Bagi wanita yang bertahun tahun kahwin, apabila tengah haid, sedikit sebanyak timbul rasa sedih di hati mereka kerna belum lagi dikurniakan zuriat..
Itu yang suami harus faham..
Jangan bila isteri takde mood nak cakap, suami pula naik boring dengan isteri dan mula tunjuk berang..
Kalau nak tau kenapa isteri takde mood, sila tanya isteri anda. Apakah isteri anda tengah sakit/kurang sihat atau sebaliknya.
Isteri tidak semudah itu untuk memarahi suaminya kalau tiada sebab.

Renung-renungkan..
Bukan istri minta pun takde mood bila datang haid. SEMUA itu semulajadi sejak azali lagi.

Jadi suami harus bersabar dan jangan pentingkan diri sendiri. 

Comments

Popular Posts